Manusia itu pelupa dan mudah terleka. Pantang diberi kesenangan, hampir semua amalam baik kau nak tinggalkan. Mujurlah Tuhan itu maha penyayang. Saat kau mula menjauhi-Nya, saat itu jualah Dia memberikan peringatan kepada kau supaya tidak terus hanyut dengan dunia ilusi buatan manusia itu sendiri.
Dulu masa tingkatan lima, dalam sekolah kau lah juara. Langsung tidak boleh dicabar bila diajak berbicara tentang sains. Lidah kau pandai berkata-kata tentang hukum newton ketiga. Kau cukup arif tentang hukum newton ketiga. Mendefinisikannya apatah lagi. Aku sangka kau cukup hebat. Rupanya kau hanyalah tergolong dalam kelompok manusia yang tahu apa itu hukum newton ketiga, tapi tidak mengaplikasikannya secara optimum. Sangat sia-sia.
Rasanya tidak perlulah aku menghuraikan apa itu hukum newton ketiga. Kau juga orang sains. Pasti lebih bijak mencari makna. Cuma aku berharap kau juga boleh berfikir apa yang tersirat di sebalik hukum newton ketiga.
My Name Is Putra (MNIP)
In certain condition, working doesn't suit me best. In second thought, working give me 'things' i need the most.
Whatever it is, from now on please call me Putra.
Jam 2.22 pagi
Aku tak boleh tidur malam. Dan akibatnya, semalam aku ponteng kerja semata-mata untuk tidur di siang hari. Sekali lagi, aku tak boleh tidur malam ni. Tapi harini aku taknak ponteng kerja sebab nanti gaji kena potong lagi. Aku nak cari kerja yang boleh dibuat dari rumah je la. Waktu kerja pun flexsible, tak payah susah payah bangun awal pagi. kan?kan?
p/s: kelmarin ada sorang brader ni cakap aku main bola macam ronaldo. walaupun aku tahu die gurau2 je tapi dah cukup utk buat hati aku berbunga-bunga. Hahahaha!
Politik itu seni
Aku dah lama memerhatikan pergolakan yang berlaku di tanah melayu. Maka hari ini aku ambil keputusan untuk menulis tentang politik.
Politik.
Itu sahaja yang aku boleh tulis. Sekian. Sehingga berjumpa di lain lebaran. Assalamualaikum…



